:LENCANA KERIS PERAK DAERAH LMS:

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti berlansung di Kem Kaki Bukit Larut, dari 6-8 Nov 2009.
clik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas



Gambar akan dimuatkan lagi..

::Perkhemahan Lencana Keris Perak LMS::

Setelah diputuskan dalam Mesyuarat Unit Kanak-kanak, Pengakap Larut Matang Selama, perkhemahan untuk ujian lencana ini akan diadakan mengikut butiran berikut:

TARIKH : 6,7,8 NOVEMBER 2009 (Jumaat - Ahad)
Masa Pendaftaran : 3 petang pada 6 Nov 2009
Tempat : Kem Kaki Bukit Larut, Jabatan Perhutanan Perak, Taiping.

JOTA 52nd & JOTI 13th



Di Daerah Larut Matang Selama, satu stesen JOTA dan JOTI akan dibuka pada tarikh 16-18 Oktober 2009 di Komplek Rakan Muda, Kamunting (berhadapan SM Teknik,Taiping)

::Kem Kemahiran dan JOTA APR::

Tahniah kepada 10 peserta pengakap remaja dari zon Batu Kurau yang telah menyertai Kem Kemahiran di Wisma Pandu Puteri Taiping. (6 daripada SMK Jelai dan 4 daripada SMK Datuk Kamarudin). Semoga anda terpilih ke Ujian Sikap di Bota pada 21 Ogos nanti.
Disamping itu diadakan juga JOTA Asia Pasific Regenional selama 1 hari iaitu pada 1 Ogos di tempat yang sama. Stesen master bagi jambori kali ini ialah 9M2AZZ (Azhar) dan dibantu oleh 9M2FT (Mohti) yang menyediakan peralatan HF



::Mesyuarat Unit Kanak-Kanak Daerah LMS::

En. Farizuan bersama setiausaha unit kanak-kanak, En. Hafiz Noopiah

Sebahagian daripada guru pemimpin yang hadir mesyuarat.

Mesyuarat Pengakap Daerah Larut Matang Selama bagi Unit Kanak-kanak telah diadakan di SK Taman Panglima pada 15 Julai 2009 pada jam 3 petang.
Mesyuarat kali ini dipengerusi oleh ADC Kanak-Kanak LMS En. Farizuan Ong b Abdullah. Antara agenda mesyuarat adalah membentangkan kewangan pengurusan Kontigen LMS ke Kem Anugerah Rambu di Teluk Intan dan Cadagan Kem Keris Perak peringkat daerah yang akan diadakan di SK Kamunting pada 7-9 Ogos 2009.

::Lencana Ekpidisi ::

Tarikh: 11&12 Julai 2009
Tempat: Tapak Perkhemahan Jabatan Hutan Kaki Bukit Larut
Jarak : Hari pertama 25 km, Hari kedua 15 km





Perjumpaan Khas ADC Zon Bersama ADC Kanak-Kanak LMS

Tarikh : 26 Jun 2009
Tempat : Restoran Kemunting Timur, Kamunting
Masa : 9.00 malam

Tujuan:
1. Penyerahan Sijil Rambu Kanak-kanak dan rambu
2. Draf Perkhemahan Keris Perak peringkat daerah

Sehubungan itu, sebanyak 29 rambu dan sijil telah diserahkan kepada adc zon Batu Kurau untuk diberikan peserta-peserta dari zon ini.

PERKHEMAHAN LENCANA JAYA / LENCANA AHLI BERKHEMAH




Antara khemah yang menjadi tarikan


Sebahagian peserta dari zon Batu Kurau

B
UTIRAN PERKHEMAHAN:

TARIKH : 1 HINGGA 3 MEI 2009 (JUMAAT HINGGA AHAD)
TEMPAT : CARAVAN PARK, TAMAN TASIK, TAIPING
PENDAFTARAN : 8.30 PAGI (1/5/2009)

KEPERLUAN UJIAN
  • Satu kumpulan tidak melebihi 8 orang
  • Membina sekurang-kurangnya 12 gajet penting dengan saiz yang sesuai dengan bilangan ahli dalam kumpulan, termasuk pintu gerbang.
  • Kain andoh / kayu tuap
  • Alatulis selengkapnya.
Peserta dari Zon Batu Kurau
SMK Dato Hj Kamaruddin: 30 orang
SMK Jelai : 40 orang
*Maklumat lanjut tentang skema dan butiran sila layari : http://mudalms.blogspot.com/